Sunday 15 May 2011

Sejarah Sekolah








           SK Kubang Palas didirikan pada tahun 1986 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1987. Kewujudan sekolah adalah atas desakan para waris dan seluruh penduduk Kg. Kubang Palas disebabkan masalah pengangkutan , jalan yang tidak selamat serta kedudukan sekolah berdekatan yang agak jauh. Berdasarkan faktor - fektor tersebut maka waris memutuskan tidak mahu lagi menghantar anak - anak mereka ke SK Padang Sanai yang jauhnya 5 km dan mereka mengumpul murid - murid di khemah sementara yang diperbuat daripada buluh.
        Atas tindakan tersebut barulah mendapat perhatian dan tindakan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ,JPN dan PPD serta semua agensi kerajaan. Hasil perbinncangan penduduk dengan kerajaan maka wujudlah, sebuah sekolah cawangan SK Padang Sanai pada 1987 di mana jumlah murid hanya 126 orang manakala tenaga pengajar seramai 9 orang.
         Pada tahun 1989, sekolah ini didaftarkan secara rasmi dengan nama SK Kubang Palas dan sejak itu sekolah ini ditadbirkan di bawah pengurusan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Program : Majlis Konferensi Guru - Guru SPI /KAFA & Motivasi  Waris Kali Ke 2  2017 Dengan Kerjasama PIBG, Unit Bimbingan Kaunseling &a...